//Gigi Rosak? Cuba GC Tooth Mousse!

Gigi Rosak? Cuba GC Tooth Mousse!

Siapa pernah tengok GC TOOTH MOUSSE ni? atau mungkin pernah guna? Angkat tangan:))

Krim ini hanya dijual oleh doktor gigi sahaja. Mujurnya ada panel Dr gigi di ToothGood ni..
Baru kami dapat menjualnya..

GC tooth mousse BUKAN ubat gigi. Ia merupakan krim yang bermanfaat untuk gigi. Ia mengandungi kalsium dan fosfat, mineral utama yang terkandung dalam gigi. Mineral ini adalah bentuk larut kerana ia dibawa di dalam protein yang diperolehi daripada susu khas yang dikenali sebagai recaldent. GC tooth mousse boleh membantu melindungi gigi daripada kerosakan dengan menggantikan mineral kalsium dan fosfat yang hilang akibat serangan asid yang terhasil daripada tindakbalas makanan dan bakteria.

GC tooth mousse plus pula mengandungi formula tambahan iaitu florida. Fungsi florida adalah menguatkan gigi. Kandungan florida dalam tooth mousse plus adalah 0.2% atau 900ppm. Ia adalah di bawah tahap kandungan florida dalam ubat gigi dewasa yang biasanya 1000ppm. Florida bersama2 kalsium dan fosfat dalam nisbah yang tepat boleh menghasilkan perlindungan daripada karies yang sangat berkesan.

Tooth mousse amat berguna jika anda :
-mempunyai keadaan mulut yang berasid mungkin kerana pengambilan ubat2an, atau cara pemakanan anda yang suka kan juz, jeruk mahupun minuman berkarbonat.
-mempunyai kerosakan gigi yang aktif. Anda mungkin merasakan telah menjaga gigi dengan baik, tetapi sering kali mengalami gigi berlubang dan sering mendapat rawatan tampalan gigi.
-mempunyai tompok2 putih pada gigi. Sebaiknya, hadir ke klinik dan berjumpa doctor gigi terlebih dahulu. Doktor gigi akan polish permukaan gigi anda dahulu. Kemudian anda boleh amalkan sapuan tooth mousse di rumah.
-mempunyai gigi yang sensitive. Tooth mousse sgt berkesan berbanding uabt gigi sensitive yang berada di pasaran.
-mempunyai erosi dan kehausan gigi
-selepas membuat rawatan pemutihan gigi. Kerana asid yang digunakan untuk memutihkan gigi akan membuatkan gigi rasa ngilu.
-semasa atau selepas rawatan orthodontic
-mengalami kekurangan air liur dan mulut kering akibat rawatan kemoterapi dan ubat2an
-sedang mengandung

GC tooth mousse adalah untuk semua golongan iaitu daripada bayi hingga dewasa. Namun begitu, GC tooth mousse plus adalah untuk 6 tahun ke atas kerana mengandungi florida.

GC TOOTH MOUSSE adalah krim yang bermanfaat untuk gigi, dimana ia mengandungi kalsium dan fosfat, iaitu mineral utama yang terkandung dalam gigi. GC TOOTH MOUSSE adalah bebas fluorida. Krim gigi ini diperbuat daripada susu.

 

SIAPA YANG MEMERLUKAN GC TOOTH MOUSSE?

# anda yang mempunyai kerosakan gigi yang aktif
# kanak-kanak yang cenderung mengalami kerosakan gigi
# anda yang mempunyai gigi sensitif
# anda yang mempunyai kahausan pada gigi
# anda yang menjalankan rawatan pemutihan gigi (kalau gigi sensitif)
# anda yang menjalankan rawatan ortodontik (braces)
# anda yang mengalami alahan ketika mengandung

ADAKAH GC TOOTH MOUSSE SESUAI UNTUK SEMUA GOLONGAN?

Yes, ia sesuai untuk semua peringkat umur as long as ada gigi 🙂

baby yang baru keluar gigi usually 6month and above boleh dah start guna.. again, prevention better than cure.:)

 

BAGAIMANA CARA MENGGUNAKAN GC TOOTH MOUSSE?

Marilah tengok video di bawah ni!

1. Selepas memberus gigi, picitkan Krim gigi secukupnya dan ratakan pada permukaan gigi menggunakan jari yang bersih dan kering.

2. Biarkan di atas permukaan gigi sekurang-kurangnya 3 minit. Kemudian, dengan menggunakan lidah ratakan krim pada seluruh bahagian dalam mulut. (Krim gigi adalah selamat untuk ditelan kerana diperbuat daripada susu)

3. Biarkan lagi selama 1-2 minit. Lebih lama GC TOOTH MOUSSE dan air liur dibiarkan di dalam mulut akan memberikan keputusan yang lebih berkesan.

4. Elakkan daripada berkumur. Tidak boleh makan & minum 30 minit selepas penyapuan.

Sesiapa nak try GC TOOTH MOUSSE ni boleh klik di sini :)) bagi yang dah pernah guna GC TOOTH MOUSSE ni, sila la bagi feedback:))

ehh, lupa..GC TOOTH MOUSSE ni sangat best sebab it comes with flavours! ada 5 perisa.. MELON, STRAWBERRY, MINT, VANILLA, TUTTIFRUTTI.. yang paling glemer dan cepat sold out of course tuttifrutti.. tak caya JOM TRY!

 

 

2018-04-09T07:35:10+00:00
X