Loading...
//Doktor Gigi Palsu Dipenjara Enam Bulan

Doktor Gigi Palsu Dipenjara Enam Bulan

 

 

Alamak..Kes Dr Gigi Palsu lagi?

Sekarang gadis manis yg berumur 20 tahun, bakal dipenjara 6 bulan.

Berani buat berani tanggung.
Kenapa nak cari Dr Gigi Pendakap yang Palsu sedangkan Dr Gigi yang sah ada?

Alasan diberi:
Murah, Cepat, Nak Mengejar “TREND”


*******Alasan Pertama: Murah********

“Saya nak buat braces di Klinik Pergigian Kerajaan/ Swasta. Tapi mahalnya caj, saya tak mampu bayar.”

Ironinya, fake braces ini mampu merosakkan gigi dan gusi anda.

“ Tapi customer fake braces ni tak pernah complain pun ? “ terbaca beberapa komentar di ruang facebook.

Memanglah tak pernah nak complain. kalau setakat pakai seminggu dua. Memanglah belum ada lagi complain. Kesan fake braces ini tidak makan masa sehari dua. Cuba tunggu lagi setahun dua. Kalau lagi kasihan lepas 6 bulan dah nampak. Tengoklah betapa sengsaranya pemakai-pemakai fake braces ini akan datang kepada kami, doktor gigi, mencari bantuan.

Time tulah ada yang complain gigi Lari. gigi longgar, gusi bengkak, gusi berdarah dan macam-macam lagi.

Disaat itu, tiada apa yang boleh kami selamatkan, melainkan dengan cabutan. Masa ini lah pesakit akan mula menitiskan air mata dengan kekesalan atas kejahilan diri suatu ketika dahulu.

Nak tanya, pernah tak anda bayar kepada seseorang untuk merosakkan sesuatu ?

Dalam hal fake braces, anda umpama telah membayar fake doktor ini untuk merosakkan gigi anda. Sedangkan anda boleh merosakkan gigi anda sendiri secara percuma ?

******Alasan Kedua: Cepat******

Kalau bayar RM500, Dr palsu boleh buat braces cepat. Kalau di Klinik Kerajaan/Swasta, saya perlu mendaftar, kadang-kadang perlu ambil appointment sehingga 1 tahun.

Kenapakah appointment perlu diambil?
Kenapa tak boleh pasang jer pendakap gigi tu?

Di Klinik Kerajaan, kalau nak buat pendakap gigi, keutamaan diberi kepada adik-adik di bawah umur 18 tahun. Dan kesesakan gigi tidak sama. Keutamaan diberi kepada pesakit berikut:
1. Tidak dapat bertutur dengan biasa
2. Tidak dapat makan kerana gigi tidak bertembung
3. Kekurangan gigi yang mengakibatkan rutin harian terganggu

Kakak ni doktor gigi biasa pun tak layak nak pasangkan braces, apatah lagi orang awam biasa yang belajar dekat youtube. Untuk pengetahuan semua, di dunia ini, hanya Doktor Gigi Pakar Ortodontik sahaja yang layak untuk memasangkan braces dalam mulut pesakit. Bila kita kata pakar, maksudnya, doktor gigi tu dah sambung peringkat advance. ataupun ambil. Dia bukan setakat ambil degree macam saya sahaja. Samada sambung master ataupun ambil shortcourse yang diiktiraf, dalam kepakaran ortodontik ( baca: Braces). Dalam apa pun bidang yang anda belajar, anda tahu kalau seseorang tu dah belajar tahap master.

******Alasan Ketiga: Mengejar “TREND” “******
JANGAN RISIKOKAN DIRI ANDA DEMI NAK CANTIK.
Ada yang menyatakan memakai pendakap gigi ni seolah-olah anak orang kaya.

Menurut mata kasar, kita tengok braces ini ibarat wayar-wayar biasa yang melekat dekat gigi-gigi si pemakai. Menurut mata youtube pulak, proses pemasangan braces pula adalah pemasangan wayar yang boleh D.I.Y sendiri di rumah, cukup sekadar mendapatkan barang-barang aksesori braces yang boleh diborong dari China secara online.

Menurut kaca mata doktor gigi pula, braces adalah satu teknologi khas yang dicipta bukan sekadar mengikat gigi dengan wayar-wayar besi, malahan ia adalah satu proses mengaturkan gigi dan gusi kembali pada kedudukan yang sepatutnya, agar membolehkan seorang itu dapat makan minum, bercakap, dan bermasyarakat dalam keadaan yang lebih sempurna & meyakinkan.

Sayang daripada,
Editor Dr ToothGood

LIKE & SHARE
Tooth Good

#braces #dental #dentistry #dentist #instrumentstoexcel #pendakapgigi#effective #efficient #tools #toothfairy #shiny #smooth #restoration#estheticdentistry #aestheticdentistry #cosmeticdentistry #smile#healthcare

2018-04-09T07:35:10+00:00
X